Rabu, 26 Ogos 2009

Post Mortem Pengerusi Karnival Debat Piala Naib Canselor kali ke 9 13 Ogos 2009 Dewan Resital, UMS


1) Pertandingan

· Serahkan senarai nama hakim yang paling terkini kepada MC & pastikan nama yang diberikan itu cukup dengan ejaan yang betul

· AJK Pertandingan yang duduk bersama-sama dengan hakim perlu sentisa peka dengan permintaan & nasihat Dr. Ramzah. Rasanya perspektif terhadap Dr. Ram sebagai seorang yang ’hantu’ perlu dipadam untuk mengelakkan semua orang nak mengelak daripada beliau.

· Ikut serta mengambil perhatian & meramal masalah yang bakal timbul bersama-sama dengan Protokol dan Teknikal dalam memastikan perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. Contohnya, teks MC yang dikatakan terkurang menyebut nama seorang hakim.

2) Protokol & Jemputan

· Semuanya berjalan dengan lancar dan jika timbul masalah pun, tidak banyak disebabkan oleh Protokol sendiri

· MC rasanya agak bijak untuk kawal majlis, walaupun majlis tetap pause dalam masa kurang dari 2 minit. Tahniah lah juga!

· Protokol cekap dan rasanya perlu pastikan segala khabar angin tentang ketidakhadiran VIP tidak dilayan sekiranya Protokol yakin bahawa VIP tidak pernah memaklumkan ketidakhadiran beliau didalam program.

· Protokol DPNC paling sistematik, teliti dan terancang sepanjang 3 tahun ini! Boleh handle protokol dalam Dewan Canselor lagi tu...

3) Publisiti & Promosi

· Idea untuk susun banner disepanjang bus stop DKP adalah idea yang paling berani (walaupun tak dapat kebenaran daripada pihak keselamatan)

· Siaraya yang digunakan dengan motor, tak semua orang mampu melakukannya.

· Poster banyak..tapi, untuk kolej AB sendiri lansung takda dilekat dimana-mana blok ni..Tapi, poster H1N1 yang dihasilkan oleh Publisiti telah diedarkan dari bilik ke bilik juga.

· Target sangat terancang..perbanyakkan memo di bus stop DKP dan library, semua kampung berkumpul disitu

· Cadangan untuk letak memo dalam bas dan edaran flyers di bus stop dapat dilakukan atau tidak?

· Anyway, Publisiti DPNC paling agresif dan lincah sepanjang 3 tahun ini!

4) Teknikal & Logistik

· Takda yang salah..susah nak komen…

· Paling cekaplah..bijak mendapatkan pandangan dan nasihat daripada senior Teknikal DPNC 8

5) Persembahan

· Ketara sangat kerja kamu last minit! Kamu menyusahkan protokol dan segala macam...

· Tapi, kalau last minit tapi cekap, itu tak apa..

· Persembahan silat dan tarian India telah memikat hati VIP dan hakim-hakim (Konsep 1 Malaysia)

· Tercapai matlamatlah...Tahniah...

6) Makanan & Tugas-Tugas Khas

· Bertugas didalam bilik menunggu dengan setia dan cekap pula serve VIP, walaupun saya dimaklumkan ada 2 orang staf De’Pustaka akan membantu.

7) Urusetia

· Setia ditempatnya, minta maaf kerana mungkin MT tak sempat pi tanya-tanya khabar di tempat urusetia untuk edar cop pasport.

8) Pengangkutan

· Seperti yang saya duga, akan ada masalah bas pada waktu malam final itu, dimana bas yang bergerak ke Tamparuli dan satu bas untuk menghantar pelajar balik ke kampung tak cukup.

· KAL buat perangai tapi itu sedikit sebanyak dibawa tanggungjawab kita kerana kita telah menjanjikan ada bas untuk malam final.

· Cepat buat keputusan, syukur ada YDP masa tu...

· Anyway, tahniah atas apa yang telah dilakukan..takda pemecahan rekod dibuat..Tapi, untuk Pengarah Bahagian..berterima kasih kepada AJK anda...

Hal-Hal Lain

1) Flow Angkat Meja & Kerusi Pertandingan

· Terancang dengan tenaga manusia sebanyak 10 orang diatas pentas..Perancangan paling bijak untuk pengurusan DPNC kali ini (yang lalu hancur kerana sebab-sebab macam inilah)

2) Usher

· Semuanya alert! No comment yang buat kamu menangis..

3) Untuk Semua Secara Umum...

· Program ini dah 9 tahun penganjuran, maka rujuklah bekas-bekas Pengarah Bahagian dalm DPNC sebelum ini agar tahu lebih jelas tentang gambaran DPNC sebenar.

· DPNC telah ada acuan yang sendiri dan kita tidak boleh menyimpang jauh dari yang asal.

· Ingat! Pengerusi / MT / Pengarah Bahagian / AJK yang lebih berpengalaman dalam program perlu dirujuk sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan buat ikut kepala sendiri hingga meninggalkan kepentingan ketua kita ditempat itu. Kita bekerja dalam organisasi, jika anda yang duduk ditempat paling tinggi, saya tak kisah. Saya yang bagi peluang untuk duduk ditempat anda itu. Bukan semua orang nak jaga hati orang lain, sebab hati kita sendiri siapa nak jaga.

· Konsep DPNC sebelum ini adalah menggunakan konsep keluarga, tapi ditukar pula kepada konsep kawan...Takda masalah, tapi rasanya konsep ini boleh digunapakai HANYA bila MT & Pengarah, boleh menegur rakan kita secara terbuka didalam mesyuarat ataupun semasa gerak kerja sekiranya tugasan mereka tidak sebaik yang diinginkan

· Ingat! Konsep ketegasan dalam pemberian keputusan (penetapan dateline) bukan bertujuan untuk menyusahkan bahagian anda tetapi memudahkan anda lagi untuk merancang jadual tugasan program anda. Sekaligus, menyelamatkan bahagian-bahagian yang ada kaitan penting dengan anda.

· Kita bekerja dalam program atas dasar minta bantuan / tolong..jangan kita mengarahkan AJK kita buat sesuatu kerja, tapi kita tak terlibat dalam memastikan benda itu terjadi. Itu tindakan yang sia-sia dan memperbodohkan diri sendiri.

· Bukan semua yang buruk...ada ura-ura mengatakan yang kejayaan ini berlaku disebabkan oleh tahap releks MT yang tinggi..keputusan last minute, bukan semuanya berhasil!!

· Bagi yang bakal jadi MT Program pada masa akan datang...Ingat teori saya ini...AJK tak pernah tidak tahu buat kerja, tidak pernah tidak bagus, sekiranya Pengarah Bahagian itu seorang yang baik dan proaktif. Percayalah...

Kesimpulan

Sekiranya saya sebagai penonton pada malam itu yang mahir dalam berprogram, saya dapat rumuskan yang program DPNC ini adalah sebuah program yang tahap selamat jelah. Tapi, ada cubaan-cubaan untuk menjadikannya menarik dan mencabarlah…Tapi, overallnya, DPNC kali ini telah memadamkan pelbagai tanggapan negatif. Antaranya ialah:

  • Dewan Resital ialah tempat yang dianggap badi kepada DPNC, tapi dibuktikan TIDAK!!!
  • Dr. Ramzah seorang yang paling jahat dalam pengurusan DPNC, tapi dibuktikan TIDAK!!!
  • DPNC Akhir perlu diadakan pada malam hari Jumaat / Sabtu sekiranya ingin mendapat penonton yang ramai, tapi dibuktikan TIDAK!!!

Sabtu, 8 Ogos 2009

Sehangat H1N1!!!

Inilah yang aku target untuk program paling grand penganjuran JAKMAS AB, UMS tiap-tiap tahun..Malahan bukan sahaja menjanjikan grand, tapi juga cukup kuat ngan kontroversinya juga tau..emm, ntahlah..tiap2 tahun ada saja masalah yang melanda pihak pengurusan dan kali ini, masalah bukan datang daripada pihak atasan ataupun jawatankuasa sendiri tetapi dengan campur tangan daripada Tuhan kot...

Yelah, aku kena faham..sepatutnya tak mengeluh sedikit pun, malah perlu sentiasa pula mengucap syukur atas dugaan yang datang ini. Tuhan sekali lagi melihat kemampuan anak-anakNya didalam DPNC 9 kali ini dengan menghantar virus H1N1 masuk kedalam UMS...

Arrrrghhh...punyalah aku risau kalau kalau kalaulah UMS akan ditutup yang memandangkan dah 5 kes yang dilaporkan didalam kampus kebangaan ku ini. Tapi, mujurlah pihak pengurusan tak juga wat keputusan untuk menutup UMS..kalau tidak, mesti DPNC 9 akan ditunda lagi..Dan, bila dah ditunda tu..confirm akan sambung pi semester depan lah...

Hah, biarpun H1N1 ni menyerang UMS dalam diam-diam (coz virus itu tengah berterbangan disepanjang atmosfera nie...takut2)...tapi kan kami nak serang UMS terang dengan Perang Memo DPNC 9..dengan tema Sehangat H1N1 confirm semua orang mesti lebih risau ngan kemunculan DPNC 9 berbanding H1N1 yang suam-suam kuku bila semua orang sibuk jual topeng...hahaha...Kali ini, target bahagian Publisiti & Promosi DPNC 9 ialah "tidak ada seorang pun warga UMS yang tidak akan tahu pasal DPNC"..

Anyway, aku mengharapkan saringan DPNC yang akan berlangsung pada esok hari (9 Ogos) dengan penuh lancar tanpa sebarang masalah dan halangan..Amin..