Rabu, 15 Disember 2010

Mengapa Harry Potter kali nie saNgat besT?


Setelah 8 siri filem sebelumnya pecah panggung, filem fantasi bersiri yang paling popular pada dekad ini hampir sampai kemuncaknya dengan penayangan “Harry Potter & The Deathly Hollows Part 1” pada awal November yang lalu. Seperti yang dijangkakan, bagi peminat-peminat filem yang membesar bersama dengan siri Harry Potter ini sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk bersama Harry dalam misi terakhirnya untuk membunuh Voldemort. Bagi saya sendiri, siri Harry Potter yang lepas Harry Potter & Half Blood Prince” sendiri telah memberikan kesan yang mendalam pada emosi saya apabila Profesor Dumbledor yang diharapkan akan bersama dengan Harry untuk membunuh Voldemort telah mati dalam pertarungannya dengan musuh ketat sekalian Hogwart. Bukan apa, saya sentiasa melihat Dumbledor seorang yang terlalu kuat dan mustahil akan mati dengan mudah dengan Voldemort. Namun, semua itulah permainan sebuah cerita yang pasti akan memberikan kejutan kepada pembaca & penontonnya.

Dan, penilaian untuk siri Harry Potter kali ini pula ternyata wajar diberikan markah 10/10 kerana jalinan ceritanya yang tidak langsung membosankan, olahan ceritanya telah menjadi matang sesuai dengan penonton setianya yang telah berusia belasan tahun pada masa ini. Bagi saya, penilaian ini mungkin akan disangkal oleh individu yang baru pertama kali menonton siri Harry Potter ataupun sebelum ini mereka adalah pengutuk kepada cerita fantasi Harry Potter ini akan mengatakan ceritanya membosankan. Ini kerana, hanya yang telah menonton siri Harry Potter dari siri yang pertama sehingga yang kini akan merasa ‘dibawa bersama’ dalam filem kerana kebanyakan perkara yang berlaku banyak dikaitkan dengan siri-siri pertama. Kita sendiri akan tersenyum bila mendengar tentang Pedang Griffindor, sikap merajuk Ron Wesley yang membuatkan kita marah, cahaya putih berbentuk rusa dalam hutan yang membawa Harry Potter kepada penemuannya dengan Pedang Griffindor dan bermacam lagi telah mengimbau semula kepada cerita-cerita sebelumnya.

Begitu juga tentang cara penerbit filem ini menerbitkan siri terakhir ini dalam dua bahagian juga telah saya sedari awal2 sebagai hanya untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Ternyata strategi mereka berjaya kerana telah dilaporkan bahawa kutipan keuntungan bagi siri Harry Potter pada kali ini adalah paling tinggi berbanding siri-siri sebelumnya. Saya percaya tayangan Bahagian Kedua siri terakhirnya akan lebih mengempakkan dunia & serta merekodkan satu lagi sejarah dalam perfileman Hollywood dan sudah pasti filem ini menjadi salah satu filem paling ditunggu-tungu ramai pada tahun depan. Kesimpulannya, siri Harry Potter telah memulakan tranformasi yang lebih berkesan iaitu mengangkat cerita berdasarkan novel popular ke layar perak sehinggakan mendorong kepada pengeluaran filem-filem hebat lain seperti siri Narnia, Twillight, New Moon, Eclipse dan sebagainya. Di Malaysia pula, novel Lagenda Budak Setan juga diangkat ke layar perak yang menunjukkan terdapat potensi untuk divisualkan kepada umum.

Rabu, 8 Disember 2010

Jangan Minta Lagi....

* Yg ini pula tinggal menetap pula kat Pasar Besar..Sering kelihatan berbaring dilaluan pejalan kaki jejantas KK Plaza-Pasar Besar. Selalu tidur dalam keadaan sangat2 kotor dgn kencingnya dan segala macam....MABUK! So, kenapa nak kasihan kan org mcm nie...

Terpanggil untuk turut sama menilai keadaan yang makin ketara berlaku dipersekitaran Bandar raya Kota Kinabalu ini kerana mata ini telah mulai sakit melihat semuanya yang pada mulanya tidak begitu ketara. Apa yang saya cuba bangkitkan disini adalah pertambahan jumlah pengemis dibandar ini. Sehinggakan ada seorang pengemis yang saya telah melihat beliau masih setia dengan karektornya sejak pertama kali saya sampai di KK ini sekitar 3 tahun lepas.

Bukanlah untuk menafikan bahawa tuntutan hidup dikota raya yang sedang membangun pesat ini memerlukan insan2 yang benar mampu berdepan dengan cabaran sahaja yang mampu meneruskan pernafasan mereka disini. Cabaran kewangan, cabaran sosial yang paling utama ini lah mungkin menjadi factor pertambahan kepada jumlah pengemis ini. Paling tidak pun, mungkin menjadi satu petanda baik yang menunjukkan bahawa orang awam disekitar KK ini sangat2 bermurah hati sehinggakan “industru pengemis” ini menjadi sangat laris dan menyediakan banyak peluang lagi kepada sesiaoa lagi yang inigin hidup dalam ehsan orang dan mati pula dalam ketentuan alam..Alangkah indahnya hidup mereka kan…

Lumpuh benar kelihatan KK ini bila melihat kemiskinan ini berlaku didepan mata. Mujurlah “tukang minta” ini bukan lah terdiri daripada golongan rakyat tempatan yang telah mendakwa mereka penduduk asal negeri kaya ini. Golongan peminta ini kebanyakannya terdiri daripada orang2 yang bukan ASLI SABAH. Tetapi, yang menghairankan saya ialah kebanyakan daripada mereka juga terdiri daripada golongan peniaga di Bandar raya ini dan menjadi penggerak utama kepada kegiatan ekonomi dipusat Bandar. Siapa yang mahu menafikan?? Saya tiada masalah dengan hal itu. Sudah jelas yang ini adalah kelemahan rakyat tempatan yang tidak pandai merebut peluang, memilih pekerjaan dan sikap angkuh terhadap masyarakat PATI!

Ada dikalangan pengemis ini juga adalah yang sempurna fizikalnya! Apalah susahnya sangat untuk bekerja mencari duit hasil titik peluh sendiri. Kerja lah dimana-mana saja yang mampu memberikan kamu pekerjaan dan pendapatan yang cukup untuk sesuap nasi sehari dua. Jangan bawa anak-anak kamu untuk mengemis bersama! Jangan juga jaja kecacatan kamu bersama dengan cop MOHON SIMPATI yang seolah-olah terpampang didahi kamu! Bukan teguran menghina..Cuma saya ingin melihat keadilan berlaku dalam kehidupan ini..

Rasanya, mana2 jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat perlu mengambil tindakan atas apa yang telah berlaku ini. Kita tidak mahulah yang KK ini membangun bersama mereka yang hanya menumpang kapal yang ingin belayar secara percumanya tanpa membantu bersama melayarkannya. Salah satu caranya adalah dengan menempatkan semua kutu rayau atau pengemis ini (yang terdiri daripada PATI) dipusat-pusat tahanan untuk dihantar ke tempat asal mereka. Pusat-pusat tahanan ini akan membekalkan mereka makanan dan tempat tinggal sementara mereka dihantar pulang ke tempat asal. Rasanya pihak berkuasa tidak perlu lah nak pi tangkap2 orang yang shopping2 di Centre Point tue..yang pengemis-pengemis ini sudah pasti tidak lagi mampu melarikan diri. Bawa saja mereka, demi kebaikan mereka dan juga kebaikan kita.

Terangkan lah bahawa negeri ini telah dikatakan paling miskin dalam negara, tapi jangan pula kita mengiyakannya sehinggakan terbukti sejelasnya yang kita sememangnya MISKIN! Kita masih lagi mampu mengubahnya..

Jumaat, 30 April 2010

Sweet EXCO Akademik & Kepimpinan JAKMAS AB "2 Zaman Berbeza"...


Ex-Sekretariat Exco Akademik & Kepimpinan Bersama Bos Kami...


EXCO AEK & EXCO Perhubungan Koperat bersama Sekretariat KAMI!hehehe...



Takda beza antara kami smua! LOVE u all sis, bro! U ROCKs!


Gandingan TeaM palinG meNAng!


Mohd Fadzir (Acik), Nurul Suhaida Khanafi (Uda) dan Nurul Fatin (Along)


Gambar2 ni kitorg amik masa Nurul Suhaida Khanafi (Uda) nie datang msa konvo..sibuk2 ngn SKMJ3 lagi..Sangat lah best..rasanya, itulah perjumpaan terakhir sekali (secara fizikal) dengan dia..emm..sangat rindu lah moment nie kalau esok2 semua dah balik pi negeri masing2..Aku juga yg basi kat Sabah yg tercinta nie..

Takper, lau ada masa..Korunk khwin ke..Anak korunk smbung belajar kat UMS jgk..dapatlah kita jumpa lagi..hehehe...

Oya, masa ni Angah jer tkda..dia ada hal tk dpt elak masa tue..lalala..ndak pa, smuanya tetap akan sama spt hari ni walaupun 30 thn akan datang kita brtemu n gathering balik sama2...Kenangan kita hidup selamanya!

Khamis, 29 April 2010

Tapak Menapak...

Jarang sekali ak mempedulikan tentang kewujudan blog ku yang tak seberapa nie..Bukan apa, mungkin dgn adanya pilihan yg lebih baik dan lagi mudah spt Facebook..rasanya ak lebih rela memilih yg itu utk jd diary harian ku..Masa nak masuk dlm blog nie pun ak boleh2 lupa pula password dia..naaa, guna smua password n email yg mungkin ak penah guna..so, dapatlah masuk jgk akhirnya..

Pada saat ini, ak sedang meniti hari2 terakhir ku bergelar pelajar IPT di Universiti Malaysia Sabah yg tercinta nie. Hanya seminggu lagi, aku akan keluar dr UMS dan bakal memulakan sesi Latihan Industri / Praktikum yg ak sengaja pilih di Labuan. Saat ini aku sangat-sangat menghargai Campus Life yg sebelum ini aku hanya dapat melihatnya dari drama-drama tempatan tapi skrg, giliran aku pula yg merasainya..Bukan apa, lepas nie, zaman kuliah akan berakhir dan persediaan yg cukup spatutnya telah ada dlm jiwa setiap mahasiswa yg bakal melangkah keluar dr universiti ini utk berjuang pula di arena pekerjaan.

Dalam rasa resah dan risau ttg masa depan yg bakal di tempuhi akan dating, timbul juga sedikit rasa tidak sabar..Yelah, pada masa itu, telah ada gaji sndiri..pastu ada aim lg tue utk memiliki rumah banglo sendiri di Alam Mesra, kereta besar dan sebuah keluarga yang sederhana hidupnya…Angan2 yg disertakan usaha, pasti akan menjadi kenyataan kan? Tapi, PTPTN nie masih lagi lah akan ikut2 ngan ak sampai entah berapa thn lah baru selesai pinjaman tu d bayar balik…huh! Tapi, tkper lah, bkn ak seorg yg akan bayar balik..lagipun, kesian ngn adik2 aku bakal masuk U nanti tk dpt pinjaman lg…

Labuan? Macamana tempat tue? Macamna org nya? Emmm...still have no idea..Bukan apa, pertama kali keluar dari Sabah..ini jgk pengalaman hidup ku..hehe...mcm ak dari hutan pula kan...bkn apa, ak ke sana utk 3 bulan..lama tue! Ak bukan nak g suka2 ati yg hanya nak makan or beli coklat..tp, mcm kerja lah...Dapat d bahagian dapur...fuh, mmg impian ak nak belajar masak dr ak kecil..yelah, masak kat rumah lain lah kan..tp, risau gak..lau chef2 kat sna tue spesis Chef Ramsey mcm dlm Hell Kitchen..matek lah lau mcm tue...pastu, ak tk tau lngsung nk masak apa...NO IDEA! Harap2 kena ajar lah n ak akan belajar bersungguh n berjaya mcpai impian ku mnjadi chef terkenal..huhu

Grand Dorsett Labuan...fuhh...dengan elaun RM 200 sebulan, tempat tinggal d sediakan dan makanan pada waktu kerja mmbuatkan aku menolah yg lain..Promenade Tawau n Perkasa Hotel Kundasang pun ak tolak..alalala...tk sangka, ak dpt smua pulak kan...tkper, lepas Dorsett nie, ak nak try n cari pengalaman kt sana pulak...

Okay lah..harap2 ada masa lg nak kongsi kisah hidup kat sni nanti...Ak tunggu masa nak g bandar..nak beli beg utk letak barang..huhu...C yaaa...