Sabtu, 8 Ogos 2009

Sehangat H1N1!!!

Inilah yang aku target untuk program paling grand penganjuran JAKMAS AB, UMS tiap-tiap tahun..Malahan bukan sahaja menjanjikan grand, tapi juga cukup kuat ngan kontroversinya juga tau..emm, ntahlah..tiap2 tahun ada saja masalah yang melanda pihak pengurusan dan kali ini, masalah bukan datang daripada pihak atasan ataupun jawatankuasa sendiri tetapi dengan campur tangan daripada Tuhan kot...

Yelah, aku kena faham..sepatutnya tak mengeluh sedikit pun, malah perlu sentiasa pula mengucap syukur atas dugaan yang datang ini. Tuhan sekali lagi melihat kemampuan anak-anakNya didalam DPNC 9 kali ini dengan menghantar virus H1N1 masuk kedalam UMS...

Arrrrghhh...punyalah aku risau kalau kalau kalaulah UMS akan ditutup yang memandangkan dah 5 kes yang dilaporkan didalam kampus kebangaan ku ini. Tapi, mujurlah pihak pengurusan tak juga wat keputusan untuk menutup UMS..kalau tidak, mesti DPNC 9 akan ditunda lagi..Dan, bila dah ditunda tu..confirm akan sambung pi semester depan lah...

Hah, biarpun H1N1 ni menyerang UMS dalam diam-diam (coz virus itu tengah berterbangan disepanjang atmosfera nie...takut2)...tapi kan kami nak serang UMS terang dengan Perang Memo DPNC 9..dengan tema Sehangat H1N1 confirm semua orang mesti lebih risau ngan kemunculan DPNC 9 berbanding H1N1 yang suam-suam kuku bila semua orang sibuk jual topeng...hahaha...Kali ini, target bahagian Publisiti & Promosi DPNC 9 ialah "tidak ada seorang pun warga UMS yang tidak akan tahu pasal DPNC"..

Anyway, aku mengharapkan saringan DPNC yang akan berlangsung pada esok hari (9 Ogos) dengan penuh lancar tanpa sebarang masalah dan halangan..Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan