Rabu, 15 Disember 2010

Mengapa Harry Potter kali nie saNgat besT?


Setelah 8 siri filem sebelumnya pecah panggung, filem fantasi bersiri yang paling popular pada dekad ini hampir sampai kemuncaknya dengan penayangan “Harry Potter & The Deathly Hollows Part 1” pada awal November yang lalu. Seperti yang dijangkakan, bagi peminat-peminat filem yang membesar bersama dengan siri Harry Potter ini sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk bersama Harry dalam misi terakhirnya untuk membunuh Voldemort. Bagi saya sendiri, siri Harry Potter yang lepas Harry Potter & Half Blood Prince” sendiri telah memberikan kesan yang mendalam pada emosi saya apabila Profesor Dumbledor yang diharapkan akan bersama dengan Harry untuk membunuh Voldemort telah mati dalam pertarungannya dengan musuh ketat sekalian Hogwart. Bukan apa, saya sentiasa melihat Dumbledor seorang yang terlalu kuat dan mustahil akan mati dengan mudah dengan Voldemort. Namun, semua itulah permainan sebuah cerita yang pasti akan memberikan kejutan kepada pembaca & penontonnya.

Dan, penilaian untuk siri Harry Potter kali ini pula ternyata wajar diberikan markah 10/10 kerana jalinan ceritanya yang tidak langsung membosankan, olahan ceritanya telah menjadi matang sesuai dengan penonton setianya yang telah berusia belasan tahun pada masa ini. Bagi saya, penilaian ini mungkin akan disangkal oleh individu yang baru pertama kali menonton siri Harry Potter ataupun sebelum ini mereka adalah pengutuk kepada cerita fantasi Harry Potter ini akan mengatakan ceritanya membosankan. Ini kerana, hanya yang telah menonton siri Harry Potter dari siri yang pertama sehingga yang kini akan merasa ‘dibawa bersama’ dalam filem kerana kebanyakan perkara yang berlaku banyak dikaitkan dengan siri-siri pertama. Kita sendiri akan tersenyum bila mendengar tentang Pedang Griffindor, sikap merajuk Ron Wesley yang membuatkan kita marah, cahaya putih berbentuk rusa dalam hutan yang membawa Harry Potter kepada penemuannya dengan Pedang Griffindor dan bermacam lagi telah mengimbau semula kepada cerita-cerita sebelumnya.

Begitu juga tentang cara penerbit filem ini menerbitkan siri terakhir ini dalam dua bahagian juga telah saya sedari awal2 sebagai hanya untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Ternyata strategi mereka berjaya kerana telah dilaporkan bahawa kutipan keuntungan bagi siri Harry Potter pada kali ini adalah paling tinggi berbanding siri-siri sebelumnya. Saya percaya tayangan Bahagian Kedua siri terakhirnya akan lebih mengempakkan dunia & serta merekodkan satu lagi sejarah dalam perfileman Hollywood dan sudah pasti filem ini menjadi salah satu filem paling ditunggu-tungu ramai pada tahun depan. Kesimpulannya, siri Harry Potter telah memulakan tranformasi yang lebih berkesan iaitu mengangkat cerita berdasarkan novel popular ke layar perak sehinggakan mendorong kepada pengeluaran filem-filem hebat lain seperti siri Narnia, Twillight, New Moon, Eclipse dan sebagainya. Di Malaysia pula, novel Lagenda Budak Setan juga diangkat ke layar perak yang menunjukkan terdapat potensi untuk divisualkan kepada umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan