Khamis, 16 April 2009

MELANKOLIK PUKUL 1

Adakah ini memang telah ditakdirkan perasaan ini wujud didalam hati ku? Atau aku kah yang sengaja memupuk rasa ini untuk ia terus mekar didalam peribadi ku?

Aku cuba untuk lari darinya tapi seolah-olah aku lari daripada perasaan ku yang saat ini terlalu menyayanginya. Bukan sekali aku rasa terseksa seperti ini, bukan sekali aku cuba menyangkal diri ku yang ku yakin sudah terlepas dari ikatan orbit dunia ini..bukan sekali..

Tapi adalah tidak adil untuk aku! Aku jua punya perasaan yang perlu aku jaga sebelum aku menjaga perasaan hati seluruh jiwa didunia ini. Dalam kesamaran, aku masih lagi mencari penyuluh bagi aku untuk keluar dari sisi gelap ini kerna ku tahu semua ini pasti berakhir dengan kekecewaan dan kesudahannya aku tetap disitu tanpa ada sesiapa yang ada disisi ku..

-JaRijeMAri-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan