Rabu, 29 April 2009

Seruan Pukul 3

Exam kali ini lagi mancabar bagi aku secara peribadi. Entahlah kenapa pula..tapi, ni first time aku kena duduk exam dengan komitmen ku sebagai pelajar di UMS ni diselang selikan dengan banyak program yang aku terpaksa ikut serta (walaupun sebenarnya aku yang rela hati untuk join program tu). Pernah sampai satu ketika, aku tertanya semula ngan diri ku akan tujuan sebenar aku masuk UMS ni. Sungguh, aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu untuk menjawab soalan ini.
Adakah apa yang aku capai pada hari ini adalah yang sebenarnya aku ingin capai? Aku sendiri mencari jawapan kepada soalan itu melalui muhasabah ku pada diri sendiri. Andai dapat diundur masa seperti pada mulanya sang rerama terbang dengan cantik, aku lebih suka hanya untuk menjadi sang beluncas yang nampak hodoh tetapi sentiasa senang hati tanpa perlu menjaga kecantikan dan keanggunan abadi citra warna tubuhnya. Aku rasakan sudah cukuplah apa yang aku capai setakat ini. Sudah sampai masanya bagi aku untuk turun semula ke bumi setelah sekian lama aku berterbangan diatas langit tanpa memikirkan destinasi sebenarnya yang ingin aku sampai.
Terima kasih jugalah aku ucapkan pada 2 orang rakan yang telah berjaya menyedarkan aku akan semua ni. Tanpa suara-suara ni, aku masih lagi terus mengambil ringan akan tujuan ku masuk UMS ni tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang. Sesungguhnya benarlah apa yang sering diperkatakan, ”Kawan kita pada hari ini akan menentukan siapa kita pada hari esok”. Maka lihatlah sekeliling kita..kadang-kadang orang yang paling kita benci itu adalah orang yang paling sayang dengan kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan