Rabu, 29 Julai 2009

Gerimis Sisi Julai


Lama dah tak hujan turun ke bumi yang makin gersang ni. Tapi, tiba-tiba petang tadi hujan turun dengan lebatnya. Bukan suatu yang terlalu menghairankan sebenarnya, tapi entah kenapa hujan yang turun pada petang ini membawa pelbagai kesimpulan-kesimpulan ghaib yang menyelindungkan maksud sebenar titis-titis air ini.

Langit yang mendung tak semestinya akan turun hujan, bukan lagi pernyataan yang sesuai digunakan pada petang yang lembap ini. Suasana sekitar ku semuanya rasa dingin yang seolah-olahnya mengajak aku sendiri untuk bergelumang didalam lipatan selimut ku diatas katil ku.

Banyak yang berlaku sejak-sejak akhir ini. Semuanya dengan pelbagai berita yang menyebabkan dunia harus bersedih, tetapi pada masa itu hujan tidak turun lagi. Dimulakan dengan pemergian penyanyi pop terkenal sepanjang zaman iaitu Micheal Jackson yang telah pergi meninggalkan tanah Neverland yang serba mewah itu buat selamanya. Pemergiannya diratapi oleh segenap penduduk bumi pada ketika itu. Serasakan tidak ada lagi pengganti yang cukup layak untuk diletakkan menyamai taraf penghibur lagenda itu. Bukan setakat itu, kisah kematiannya yang misteri dan coretan hidupnya sebagai seorang Muslim yang menggunakan nama Mikhael, sehingga sekarang masih lagi menjadi bualan hangat dimana-mana sahaja dan menjadi tangkai rezeki kepada syarikat-syarikat akhbar yang melaporkan sebarang perkembangan kepada kes itu. Apa-apa pun, insan bernama Micheal Jackson ini akan terus diingita sebagai salah seorang insan yang telah mengubah dunia.

Hujan tetap tidak turun lagi bila pengarah filem kontroversi dan berjiwa perpaduan tanahair tercinta kita pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Beliau yang dimaksudkan adalah Yasmin Ahmad. Jujur nak dikatakan, sebaik mendapat berita pemergian beliau, aku rasa tergaman dan terkedu. Namun, aku telah mempelajari rasa memiliki cinta sayang dan pernah juga merasai bila hilangnya rasa-rasa harum itu. Takziah ku ucapkan kepada keluarga beliau. Namun, bukan semua manusia yang menghayati erti kehilangan itu sehingga sanggup bertindak diluar kewarasan apabila kisah lampau pengarah kesayangan ramai itu dijadikan sebagai satu sendaan (rujuk Kosmo_walaupun atas sebab untuk menjelaskan kepada orang ramai). Perbuatan ini rasanya paling tidak beradab untuk bulan inilah. Tuhan sajalah yang layak menilai semua ni, tak payahlah kita nak membuat penilaian tersendiri atas apa yang telah terjadi samada yang sekarang ataupun pada masa depan. Apa-apa pun, kehilangan beliau merupakan kehilangan yang sangat besar kepada industri perfileman Malaysia yang kian dikenali diperingkat dunia dengan buah tangan beliau sejak filem Rabun sehinggalah filem TaleNTime...

Tapi, hari ini semuanya gembira buat aku rasanya. Aku berjaya masuk semua kelas tanpa ada yang ponteng (biasanya aku tak akan datang kelas pagi). Minggu depan aku nak macam ni lagilah...pastu baru dapat Anugerah Dekan kan???Tapi, urusan ku dengan program kolej masih banyak lagi. Walaupun banyak, semuanya berjalan dengan lancar dengan berkat usaha dan pengorbanan Sekretariat & Rakan Sekretariat ku. Memang tabik springlah dekat korunk semua!!!Hah, itulah yang aku pelik hari nilah hujan pula, walaupun semuanya hal-hal menggembirakan.

Oleh itu, sedarlah aku..Langit yang cerah itu sebenarnya tidak menjanjikan sejauh mana kecerahannya. Lihatlah, sekali langit berubah warna kepada kelabu, hujan menandakan akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Dalam kehidupan seharian kita, apa yang kita buat pada hari ini pasti akan berisiko untuk kita kecewa pada hari esok. Maka, bersiaplah sedia senantiasa agar kita tidak terdedah dengan sebarang halangan dan masalah kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan