Selasa, 5 April 2011

Bila Jari Sendiri yang Terluka...

Bukan lah satu perkara yang tersangat luar biasa apabila pertikaian wujud setiap kali pertandingan-pertandingan nyanyian ataupun majlis2 anugerah yang memahkotakan gelaran pemenang kepada pemenang bukan pilihan seperti kes Anna Raffali ini…Hal ini turut dinyatakan oleh penyanyi lagenda seperti M. Nasir sebaik sahaja majlis AJL 25 itu melabuhkan tirai. Namun begitu, yang peliknya terdapat juga geng-geng juri ini sendiri menafikan kemenangan keatas lagu itu? Mengapa begitu sedangkan setiap kali keputusan telah diumumkan, keputusan adalah MUKTAMAD! Mengapa keputusan anda tidak kolektif?

Namun begitu, apa lah sangat kes kemenangan tak direstui ini jika dibandingkan dengan isu2 lapuk yang telah lama menjadi kudis dalam kehidupan kita seharian. Oleh kerana terlalu melihat kepada isu2 remeh seperti ini menjadikan masyarakat kita terus jadi patung batu didalam bandar. Yang mana hidup kerana tuntutan dunia tapi berlatar belakangkan kerjaya emas dan bertunjangkan individualistik permata sari. Masyarakat kita acapkali terlepas pandang terhadap isu-isu yang sewajarnya lebih bermakna untuk diperjuangkan demi anak cucu generasi akan datang kita.

Sebagai contohnya, isu PATI di Sabah yang secara magisnya mendapat taraf kerakyatan yang jelas mengundang sejuta kebingungan punca keadaan itu berlaku. Isu perkauman dan agama yang kadang2 seperti isu bermusim sejak akhir-akhir ini turut dipandang sepi oleh masyarakat yang menolak untuk melibatkan diri secara langsung dalam menuntut makhluk pencetus sebenar duri perkauman itu serta penyelesaian dalam keadaan segera agar tidak berulang lagi. Tidak dilupakan lagi dengan janji-janji wakil rakyat yang menjanjikan langit dan bumi semasa berkempen dan akhirnya dikemudian hari semuanya membungkamkan harapan rakyat bila melihat wakil rakyatnya ke luar negara untuk melihat kemajuan (dengan alasan untuk mempelajari bagaimana kemajuan itu dicapai).

Ini adalah antara isu-isu yang masih lagi menjadi barah dalam kehidupan sosiologi masyarakat kita. Namun, semuanya tetap dipandang tepi dan langsung tidak ada seia sekata dalam penyelesaiannya. Mungkin juga keterbatasan kuasa suara masyarakat ini yang mengekang semua ini daripada menampakkan betapa seriusnya komuniti kita dalam menuntut penyelesaian dalam banyak perkara. Masyarakat kita memerlukan hero-hero seperti Sukarno dan Gandhi yang bakal mengembalikan suara rakyat untuk dipandang serius dalam mana-mana bahagian dalam kepesatan kapitalis ini. Bukan lah bermakna untuk menyokong kepada kerajaan republik tetapi sebagai pejuang anak bangsa yang mahukan demokrasi ini bergerak secara sihat dan bukannya dengan penahanan atas perkara yang bukan-bukan.

Komuniti ini perlu sedar dan berfikir bahawa ini bukanlah komuniti zaman TV hitam putih tetapi telah berada dalam zaman 3D yang semuanya pasti jelas tampak sekiranya ada yang tidak kena. Kikiskan rasa individualistik itu agar tidak ada lagi perbezaan agama, kaun & ras yang sebelum ini menghalang untuk perpaduan dan juga persefahaman. Zaman 3D ialah zaman yang sentiasa membuatkan masyarakatnya berasa mereka empati dan merasakan mereka juga sepatutnya bersama-sama dengan yang lain untuk bangun dan maju bersama. Jika semua ini dapat dilakukan, mudah-mudahan, pertikaian dan persoalan-persoalan yang sebelum ini berbentuk bodoh akan menjadi lebih cerdik dan tegasnya dalam menuntut jawapan yang boleh pakai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan