Sabtu, 18 April 2009

Kisah Misa Pelajar St. Simon, Likas 2009

Seakan telah menjadi lumrah bila dekat exam sahaja, kita yang tak pernah pergi gereja akan mula mendekatkan diri semula dengan Tuhan. Selalunya ada saja alas an untuk saya mengelak untuk pergi ke mana-mana perkumpulan pelajar yang membincangkan pasal agama ni, tapi petang itu saya rasa senang hati pula pergi..
Bukan apa, kerinduan saya ngan Tuhan yang mendekatkan saya untuk datang ke Student Mass petang itu d St. Simon, Likas. Selain itu, saya juga ingin turut serta ngan rakan-rakan lain untuk sama-sama meraihkan Esther Day yang baru beberapa hari yang berlalu.
So, petang itu kami bertolak lebih kurang jam 5.30petang dari UMS dengan menggunakan bas UMS! SUatu pembaharuan yang sangat besar ke arah perkembangan demokrasi di UMS ni apabila student non-Muslim dapat menggunakan kemudahan ini atas tujuan keagamaan. Saya mula sayang ngan pentadbiran UMS & semoga mereka-mereka itu akan terus bertimbang rasa ngan kami ni...hehehe...
Sampai kat sana, tak ada lah terus start...koir pun baru nak warm up vokal n misa pun start pada jam 7.30petang...Misa d jalankan dalam BI, saya ni kalau BM okaylah..so, bila cakap BI pula, terkial-kial lah nak buka buku misa BI tu...ala, nama father dia saya lupa oooo....
Masa homili tu, father tu sempat nak buat lawak...yang dia tak boleh bagi tips untuk exam (of course lah kan?haha), tapi dia ada cakap something yang buat saya terfikir sejenak...
Dia kata..."saya dulu suka belajar, tapi tak suka exam...Exam buat saya jadi nervous. Tapi, nervous tu bagus coz buat saya lebih bersedia"...
Dengan kata-katanya itu, saya dapat merasakan hidup saya seakan itu, saya hidup ngan prinsip saya sendiri (ikut kata hati sendiri), tapi sedar atau tidak hidup ini membawa kita kepada suatu exam@ujian yang kita pasti tak dapat elakkan...Saya bertanya pada diri sendiri, adakah saya sudah yakin ngan persiapan yang ada pada hari ini untuk melalui peperiksaan itu????
Lebih kurang pukul 9malam, kami dah on da way balik ke UMS..ternyata, misa malam itu sangat bagus cuma pengisian itu seharusnya di mantapkan lagi bagi penghayatan pada Tuhan itu lebih tinggi lagi...sayang sekali kalau nak sembahyang tapi ada rakan-rakan lain kita yang guna untuk tujuan yang berbeza...
So, lepas ni memang saya akan terus menyokong program CSG UMS!!!

1 ulasan:

  1. huhuhuh...kan bagus klu kami dsni UKM pn bleh dpt prkhidmatan mcm di UMS jgk...=)

    BalasPadam